|
|
PENYANYI Lee Hyori sebelum ini merancang untuk membuat kemunculan semula pada tahun 2009 tetapi menunda tarikh tersebut kepada tahun 2010.
Sejak bulan Jun tahun ini, Lee Hyori sibuk menyiapkan album keempatnya kerjasama dengan Mnet Media yang pada mulanya dirancang berada di pasaran pada penghujung tahun 2009.
Nampaknya, itu merupakan album terakhirnya bersama Mnet Media kerana kontraknya akan tamat pada hujung bulan ini. Bagaimanapun atas perbincangan kedua-dua belah pihak album tersebut akan dipasarkan pada bulan Januari atau Februari 2010.
Menurut wakil Mnet: "Tarikh asal rancangan kami untuk memasarkan album keempat Hyori adalah pada Oktober atau November tahun ini.
"Kesukaran mencari sisi dan stail terbaru Hyori menyebabkan kami mengambil masa yang agak lama untuk mengumpul lagu memandangkan kami berazam untuk mencipta muzik yang akan menjadi trend baru.
"Buat masa ini kami sudah memilih lagu yang sesuai tetapi banyak lagi perkara kecil yang harus diambil kira bagi memastikan album ini berjaya. Ini bermakna album Hyori akan dipasarkan tahun hadapan."
Meskipun proses rakaman album itu pernah tertangguh beberapa kali tetapi Mnet percaya peminat Hyori pasti setia menunggu.
Lee Hyori merupakan penerbit kepada album keempatnya dan dia juga memilih sendiri lagu yang ingin dimuatkan dalam albumnya. Ini termasuklah melawat pencipta dan penulis lirik demi memastikan lagu yang dicari merupakan lagu yang segar.
"Selepas kejayaan album U-Go-Girl pada tahun lepas, saya rasa bebanan untuk mencari lagu yang terbaik bertambah berat apatah lagi harapan yang diberikan peminat terlalu tinggi.
"Album yang keempat ini diharap bakal memberi kelainan dan kepuasan buat semua peminat muzik," tutur Hyori.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: