Friday, November 13, 2009

Gempar mayat reput

SETIU – Penduduk Kampung Kuala Baru dekat Mangkuk di sini, gempar apabila sekujur mayat dalam keadaan reput dan tanpa diketahui identitinya ditemui terdampar di pantai kampung tersebut, petang semalam.

Ketika ditemui, mayat misteri itu kelihatan sudah tidak sempurna setelah bahagian kepalanya membengkak, sekali gus sukar untuk dikenal pasti manakala di bahagian pinggang hingga ke paras lutut pula terdapat kesan lebam dan kemaluannya reput dimakan ulat.

Difahamkan penemuan mayat itu ada kaitan dengan penangkapan tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Kemboja pada 7 November lalu memandangkan di lokasi itu sebelum ini berlaku kejadian tujuh warga Kemboja terjun dan berenang dari sebuah bot.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu tiba di tempat mayat tersebut dijumpai kira-kira lima belas minit selepas mendapat maklumat daripada penduduk kampung sekitar jam 12.10 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, sehingga kini (semalam) polis belum dapat mengenal pasti identiti mayat berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: