Akibat terlalu kerap keluar majalah, Marsha dilabel sebagai artis majalah. Publisiti yang diberikan hanyalah membuktikan Marsha masih mempunyai nilai tersendiri. Namun bagi Marsha sendiri keadaan tersebut kadang kala menyebabkan dirinya tersepit. Kenapa pula?
"Yelah, selalu sangat keluar cerita pasal Marsha sampai kadang kala tak ada cerita lagi. Tak banyak yang boleh diceritakan sebab Marsha tak banyak aktiviti sekarang. "Tapi bukan sekadar kisah cinta atau peribadi, Marsha mahu buktikan Marsha popular kerana bakat yang ada," katanya.
Selepas hubungan teman tapi mesra dengan Kefli tidak menjadi, Marsha tidak berselindung dirinya kini masih bersendirian. Tapi bagaimana pula gosip yang timbul mengenai hubungannya dengan Yusry KRU?
"Sumpah Marsha tak keluar dengan sesiapa sekarang ini. Memang kelakarlah gosip tu, marah abang Yusry nanti.
"Sebenarnya masa itu Marsha bergurau dengan staf KRU tapi gurauan tu disalah tafsir pula sehingga keluar gosip Marsha menaruh hati dekat Yusry," ujarnya tergelak besar.
Label Jeans Sendiri
Mengagumi Victoria Beckham sebagai ikon fesyen terkenal, Marsha mengikut jejak idolanya dengan memulakan langkah mencipta label jeans sendiri. Di bawah label Marsha, jeans yang telahpun dikeluarkan dengan kuantiti sedikit mendapat maklumbalas yang sangat memberansangkan.
"Sekarang Marsha nak kembangkan lagi bisnes fesyen ni ke peringkat yang lebih besar. Buat masa sekarang Marsha hanya publish di online sahaja.
"Jeans itu rekaan sendiri kerana Marsha minat fesyen. Jeans Marsha direka agar sesuai dipakai dan mampu dibeli dengan harga berpatutan," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Senario The Movie Episod 2 : Beach Boys.
Marsha kini sedang dalam proses mengumpulkan lagu baru untuk projek album akan datang. Single Yang Terbaik kini mula berkumandang di corong radio. Adakah kemungkinan Marsha bakal diikat bersama Metadome setelah keluar dari Maestro setelah bekerjasama dengan Cat Farish untuk album terbaru? Sama-sama kita tunggu pengumumannya nanti.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: