Kuala Terengganu: Desa Murni Batik Sdn Bhd (DMBSB), pengusaha kilang batik digital termoden dan terbesar di Malaysia melancarkan produk terbarunya, batik khat yang dijangka mampu melonjakkan jualan syarikat yang kini mencecah kapasiti pengeluaran 2,000 helai dengan nilai jualan kira-kira RM1 juta sebulan.
Pengarah Urusannya, Suhaimi Embong berkata, batik khat diinspirasikan daripada seni kaligrafi hasil penyelidikan bahagian seni grafik dan reka corak syarikat sebelum ini.
Beliau berkata, sebagai permulaan, pengeluaran hanya tertumpu kepada produk kemeja lelaki untuk melihat perkembangan penerimaan awal pelanggan sebelum meluaskan pasaran kepada pakaian wanita dan produk sampingan seperti kraftangan.“Batik khat digital ini adalah buah tangan terbaru DMBSB yang baru dilancarkan pada 29 Mei lalu dan setakat ini kami berpuas hati dengan sambutan menggalakkan terutama daripada golongan muda yang gemar corak abstrak dan kaligrafi yang diolah dengan menarik.
“Pelancaran produk ini dijangka meningkatkan jualan syarikat yang ketika ini sekitar RM1 juta sebulan dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 2,000 sebulan menggunakan mesin berteknologi tinggi dari Itali,” katanya sempena pelancaran pakej River Cruise dari Taman Tamadun Islam (TTI) ke DMBSB di Pulau Rusa di sini.
Suhaimi berkata, seperti juga rekaan batik sutera lain, satu corak dikhususkan untuk satu helai pakaian saja bagi menjaga kualiti serta status eksklusifnya.
i Jun 2015 @ 6:37 AM
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: