Sunday, June 28, 2015

Dividen ASD 6.60 sen seunit

Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015, sama seperti yang dicatatkan tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM336.53 juta, peningkatan 7.3 peratus berbanding RM313.66 juta yang dibayar tahun lalu.
Katanya, sehingga 23 Jun lalu, tabung ASD sudah memperoleh pendapatan kasar RM446.77 juta dan keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM246.65 juta atau 55.2 peratus.
Sementara pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang RM128.38 juta atau 28.7 peratus kepada jumlah pendapatan kasar dan selebihnya, iaitu RM71.74 juta diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.“Kadar pengagihan pendapatan ASD yang sama seperti tahun lalu adalah berpatutan jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan, selepas mengambil kira keadaan ekonomi dan pasaran semasa yang mencabar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: