- Amber Chia
PERBEZAAN agama dan cara hidup tidak menghalang model bertaraf antarabangsa, Amber Chia untuk mengikuti umat Islam di seluruh dunia berpuasa.
Menyifatkan ibadah berpuasa yang dijalani umat Islam sebagai salah satu cara diet yang sihat, Amber berkata, dia berazam untuk berpuasa penuh pada tahun ini.
Katanya, dia sudah beberapa kali cuba berpuasa dan hanya mampu melakukan selama 10 hari.
"Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, tapi masalah utama saya, tidak tahan dahaga. Tetapi saya boleh tahan lapar. Kerana terlalu dahaga, saya jadi tidak bermaya.
"Tetapi tahun ini saya cuba untuk berpuasa penuh dan saya juga akan merasai bangun sahur.
"Bagi saya berpuasa membawa kebaikan kepada kita kerana ia adalah salah satu cara diet yang sihat. Ia dapat membantu badan kita detox secara semula jadi," katanya kepada Zass.
Bukan sahaja bertujuan untuk diet dan kesihatan, Amber berkata, apabila berpuasa, dia secara tidak langsung dan menyelami bagaimana perasaan dan kehidupan sesetengah masyarakat yang hidup susah.
"Tidak hanya melibatkan kesihatan, bila berpuasa secara tidak langsung, ia membuatkan saya faham, bagaimana rasanya apabila hidup tanpa makanan.
"Ia mengingatkan saya pada sesetengah masyarakat yang hidup susah dan kadangkala tidak cukup makan," ujarnya.
Selesa bertudung
Dalam pada itu, Amber yang ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya Suci By Yatt Hamzah, sempat membantu rakannya, Yatt Hamzah memperagakan busana jubah terbaharu sempena Aidilfitri nanti.
Tidak hanya tampil berjubah, Amber juga tampak tidak kekok mengayakan hijab.
Bahkan dia sempat membuat beberapa jurugambar tersenyum kagum tatkala dia kembali memakai jubah dan bertudung apabila diminta untuk merakamkan gambar dengan imej bertudung.
Amber yang sebelum itu turut tampil bertudung sewaktu Festival Hijab Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015 baru-baru ini, mendedahkan dia semakin suka memakai tudung.
Menurut wanita berusia 34 tahun ini, niatnya memakai tudung adalah kerana mahu merasai sendiri perasaan menjadi seorang Muslimah dan mahu lebih memahami mengenai konsep Muslimah dalam Islam.
“Saya gembira kerana banyak menerima komen positif dari pengikut di laman sosial apabila memuat naik gambar saya bertudung.
“Bila saya bertudung, membuatkan saya lebih memahami agama dan budaya Islam. Saya rasa sangat tenang bila memakai tudung tetapi bila buka tudung, saya rasa macam kosong.
“Lagipun apabila bertudung, kita tak perlu lagi nak susah-susah dandan rambut,” katanya.
Tambah Amber, meskipun dia seorang ‘free thinker’ tetapi dia tetap menghormati dan sentiasa ingin belajar setiap budaya di negara ini.
“Sebagai rakyat Malaysia di mana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama, saya kira tidak salah jika saya sendiri mengalami pengalaman setiap agama di negara ini.
“Ada kawan-kawan luar negara yang mempersoalkan kenapa saya pakai tudung dan saya terangkan pada mereka yang saya mahu rasa sendiri pengalaman bertudung.
"Pada saya, ia merupakan satu pilihan untuk individu bukan Islam sama ada mahu bertudung atau tidak," ujarnya yang turut merancang untuk mereka satu skarf seperti tudung yang boleh dipakai oleh wanita yang bukan Islam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: