SINGAPURA – Gara-gara memakai seluar renang bercorak seperti bendera negara yang memaparkan bulan sabit dan bintang, pasukan polo air Singapura dikritik oleh pemerintahnya yang menganggap perbuatan mereka sebagai kurang ajar.
Reka bentuk seluar renang itu dibuat sendiri oleh ahli-ahli pasukan polo lelaki Singapura yang bertanding di temasya Sukan Asia di Guangzhou, China.
Bahagian hadapan seluar renang itu menampilkan bulan sabit putih iaitu lambang pada bendera Singapura manakala bahagian belakangnya pula tertera lima bintang bendera itu.
“Kami kecewa kerana pasukan berkenaan tidak meminta nasihat kami mengenai penggunaan lambang bulan sabit dan bintang apabila mencipta bentuk seluar renang mereka,” kata kenyataan Kementerian Penerangan Singapura kelmarin.
Namun, mereka dibenarkan memakai seluar renang kontroversi itu pada perlawanan menentang pasukan Kuwait kelmarin kerana peraturan Sukan Asia melarang para pemain menukar jersi mereka ketika kejohanan sedang berlangsung.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: