Monday, November 8, 2010

Majlis Hari Jadi Anak Linda-Que Ibarat Kenduri Kahwin

KUALA LUMPUR: Majlis ulang tahun Tengku Ratu Haidar, anak pasangan artis Linda Jasmine dan Que Haidar disambut meriah.

Bertemakan Little Miss Sunshine, majlis serba-serbi berwarna kuning dan putih itu diadakan di rumah ibu bapa Linda di Enau Court, di sini, Sabtu.

Linda dan Que meraikan majlis ulang tahun genap setahun umur Ratu di Enau Court, Kuala Lumpur, Sabtu.

Pada 26 Oktober lalu, genap setahun umur Ratu yang turut menyarungkan gaun comel dan riben berwarna kuning.

Hampir 100 tetamu yang hadir termasuklah selebriti Sofea Jane, Sharifah Shahira, Jeslina Hashim, Ekin dan Mawi.

“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah bermula pukul 4 petang sehingga ke malam. Rasa macam kenduri kahwin pula cuma pengantin lelakinya tiada,” kata Linda kepada mStar Online.

Selain dihidangkan dengan jamuan makan, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan permainan melibatkan kanak-kanak.

Aktres Sofea Jane turut hadir memeriahkan majlis.

“Mereka berpeluang menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menghias kertas berbentuk matahari. Selain itu, kita turut membuat pertandingan pakaian dan topi tercantik.

“Bukan itu sahaja, kanak-kanak diajak bermain permainan mengetuk sebuah kotak berbentuk matahari yang digantung. Dalam kotak itu, terdapat gula-gula berwarna kuning. Kami juga menjemput seorang badut wanita untuk menghiburkan kanak-kanak,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: