Saturday, November 27, 2010

Jaguh karate negara terima ganjaran


JIN KEAT (kiri) dan Puvaneswaran
menyumbang emas dalam acara karate pada Sukan Asia 2010.


PEMENANG pingat emas acara karate Sukan Asia 2010, Ku Jin Keat dan R. Puvaneswaran mendapat khabar gembira semalam.

Ini kerana mereka bakal menerima RM3,000 setiap seorang daripada Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) atas kejayaan memenangi pingat emas pada temasya tersebut.

Jin Keat menyumbang emas menerusi acara Kata individu lelaki manakala Puvaneswaran tampil bergaya dengan menjuarai kategori Kumite bawah 55 kilogram lelaki.

Dua lagi atlet karate negara, Jamal- liah Jamaluddin yang memperoleh pingat perak turut diberi ganjaran RM2,000 manakala Lim Lee Lee yang meraih pingat gangsa mendapat RM1,000.

Jamalliah memenangi pingat perak dalam acara Kumite lebih 68 kilogram wanita manakala Lee Lee menyumbang gangsa bagi saingan Kata individu wanita.

Presiden MAKAF, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ganjaran itu sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas kejayaan atlet karate negara yang menyumbang pingat kepada kontinjen Malaysia.

Menurutnya, pencapaian dua emas, satu perak serta satu gangsa yang disumbangkan oleh skuad karate pada temasya di Guangzhou kali ini adalah kejayaan paling memberangsangkan kerana berjaya melepa- si sasaran satu emas.

"Kejayaan dua emas yang dicapai oleh skuad karate ini berjaya mene- bus kekecewaan tanpa sebarang pingat tersebut pada temasya yang sama di Doha, Qatar empat tahun lalu.

"Lebih penting, kejayaan ini turut menebus kehampaan setelah skuad karate negara tidak memperoleh sebarang pingat pada Kejohanan Dunia di Serbia bulan lalu.

"Sekurang-kurangnya dua emas, satu perak satu satu gangsa berjaya mengubat kekecewaan skuad karate tahun ini," katanya ketika ditemui pada program Larian Keamanan di Dataran Pahlawan, Melaka semalam.

Mengenai keputusan yang diambil oleh Jin Keat dan Puvaneswaran untuk bersara selepas Sukan Asia 2010, Mohd. Ali berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kedua- dua jaguh karate negara itu apabila mereka pulang ke tanah air nanti.

"Sebenarnya, skuad karate masih memerlukan tenaga mereka. Apa pun, MAKAF akan berbincang dengan kedua-dua atlet ini mengenai hasrat mereka untuk bersara," katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: