SIFAT murni pelakon jelita, Angelina Jolie semakin dihargai oleh penduduk di Kemboja dengan menamakan sebuah kuil Hindu bernama Kuil Angelina Jolie.
Aktres ini mendapat penghormatan tersebut kerana mengambil anak angkat dari negara itu iaitu, Maddox. Masyarakat Kemboja menyatakan rasa cintanya kepada pelakon tersebut ketika beliau sedang mengadakan penggambaran di sana.
Perkara ini diberitahu oleh Presiden Universal Society of Hinduism, Rajad Zen bahawa kuil tersebut dibina pada abad ke 12 dan telah diberi nama Ta Phrom. Namun kini ia telah ditukar nama kepada Angelina Jolie.
Jolie dilihat sebagai seorang wanita suci di mata masyarakat Kemboja.
“Saya harap ini juga memberi tanggungjawab kepada Jolie selepas ini, dia juga akan lebih memberi bantuan dan melakukan kerja-kerja kebajikan di sini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: