SIENNA Miller dilaporkan telah berpisah dengan teman lelakinya, DJ George Barker kerana komitmen kerja aktres itu di Amerika.
Miller telah menjalinkan hubungan dengan Barker sejak Julai lalu, namun baru-baru ini dia telah berpindah ke New York kerana komitmen kerja dan hubungan jarak jauh itu nampaknya agak sukar untuk diteruskan oleh mereka.
"Kami harap hubungan Sienna dan George akan berkekalan. Mereka sering nampak bahagia bersama. Tetapi mereka sedar hubungan itu tidak boleh bertahan lama disebabkan jarak yang jauh, jadi mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.
"Hubungan cinta jarak jauh bukanlah satu perkara yang mereka jangkakan dan mereka bersepakat untuk berpisah. Mereka masih berkawan dan siapa tahu andai kedua-duanya akan kembali bersama kelak?," kata sumber.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: