MEMANG sukar untuk Shahid yang digelar ‘Vegetarian’ yang paling seksi di Asia mencari makanan yang sesuai dengannya.
Pelakon yang terpaksa berlepas ke Bangkok malam semalam bimbang, kerana mungkin tidak akan mendapat banyak jenis makanan sayur-sayuran disana.
Shahid berada di Bangkok untuk menjalani sesi penggambaran untuk filem Parmeet Sethi.
Sebelum ini, pelakon ini pernah tinggal di Amerika selama 40 hari dan menghadapi masalah yang sama.
Orang kanannya terpaksa mengarah chef untuk memasak mengikut kemahuan Shahid kerana tiada banyak variasi yang ada pada menu untuk Shahid makan.
Pelakon Bollywood itu akan menghidangkan makanan ‘non-vegetarian’ untuk kawan-kawannya tetapi adalah seorang vegetarian yang tegas.
Oleh itu, beliau tidak mahu perkara yang sama berulang di Bangkok.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: