|
|
AL-AIN - Sebuah makmal di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah mencipta robot pertama di dunia yang bertutur dalam bahasa Arab.
Pengeluaran besar-besaran robot berkenaan yang dinamakan Ibn Sina, sempena nama cendekiawan dan saintis Islam kurun ke-11 yang dikenali sebagai Avicenna di Barat itu akan dilakukan tidak lama lagi.
Robot Ibn Sina itu akan digunakan untuk menjadi 'pekerja' seperti penyambut tetamu, kakitangan jualan dan pembantu kedai di pasar raya.
Ia direka oleh sepasukan saintis terdiri daripada pelajar Universiti UAE yang diketuai oleh Profesor Madya Nikolaos Mavridis di bandar raya Al-Ain, Abu Dhabi dalam wilayah UAE.
Sebagai usaha untuk menyiapkan robot itu mirip Ibnu Sina yang lahir di Bukhara, Uzbekistan, robot itu dipakaikan jubah putih dan serban manakala wajahnya pula mempunyai janggut putih.
Ibn Sina dilengkapi modul perisian yang membolehkan ia melihat dan mengecam wajah serta objek di samping sistem sokongan bagi memproses, memahami dan membalas percakapan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: