RIHANNA ingin mengubah peristiwa hitam yang dilalui bersama bekas teman lelakinya, Chris Brown dengan membantu mangsa-mangsa penderaan yang lain.
Penyanyi itu ingin membantu mangsa penderaan lain yang melalui penderitaan sama semasa Rihanna menjadi kekasih Chris.
Chris Brown yang berumur 20 tahun itu membelasah Rihanna sebelum Anugerah Grammy berlangsung di Los Angeles.
Tetapi, kini penyanyi itu sudah banyak berubah sejak insiden itu.
“Walaupun saya berasa malu dengan apa yang terjadi, saya mahu berkongsi pengalaman pahit itu bersama mangsa-mangsa dera yang lain.
“Gadis-gadis belasan tahun tidak akan menceritakan kepada ibu bapa mereka jika teman lelaki mereka mendera mereka kerana itu amat memalukan,” kata Rihanna dalam satu temu ramah bersamanya.
Penyanyi itu juga ingin mendidik mangsa-mangsa penderaan ini kerana terpanggil untuk mewakili mangsa-mangsa penderaan yang memerlukan pertolongan.
“Saya hendak bercakap bagi pihak gadis-gadis yang menjadi mangsa penderaan tersebut,” jelas penyanyi itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: