Saturday, November 21, 2009

Rihanna cari lelaki bagus di ranjang


RIHANNA megnhadiri majlis Glamour Magazine 2009 di New York baru-baru ini.



NEW YORK - Penyanyi ternama kelahiran Barbados, Rihanna, 21, sedang mencari seorang lelaki untuk menjadi teman baru hidupnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang pernah popular dengan lagu Umbrella sebelum ini bercinta dengan penyanyi popular Amerika Syarikat, Chris Brown, 20, tetapi mereka berpisah setelah bergaduh besar awal tahun ini.

"Lelaki itu mestilah bagus di atas katil dan saya tidak mengira saiz berapa... anda pasti faham maksud saya," katanya sambil menambah, dia juga mementingkan kecantikan dalaman.

Rihanna yang tahun lalu dilantik sebagai duta kebudayaan kehormat Barbados, sebuah pulau Caribbean di Lautan Atlantik, mencatatkan jualan album lebih 12 juta unit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: