BEIJING - Satu gambar di Internet yang menunjukkan seorang anggota polis wanita menarik rambut pelacur wanita yang berbogel semasa serbuan di bandar Zhengzhou telah mecetuskan kemarahan pelbagai pihak di China semalam.
Menurut akhbar China Daily, gambar itu disiarkan oleh media tempatan yang mengikuti satu serbuan di sarang pelacuran dan perjudian di bandar tersebut.
Satu klip video rakaman itu turut disiarkan di Internet yang menunjukkan beberapa anggota polis menolak pintu yang dipercayai sebuah pusat urut.
"Berapa ramai (pelanggan) anda malam ini?" kata seorang anggota polis kepada seorang wanita yang dipercayai pelacur duduk di lantai dalam keadaan bogel.
Seorang lelaki dipercayai pelanggannya yang turut berbogel berada berdekatan dengannya.
Jurucakap polis Zhengzhou memberitahu, satu siasatan berhubung kes menarik rambut itu masih belum selesai tetapi dia enggan memberikan sebarang butiran lanjut.
Menurut seorang profesor undang-undang di Universiti Peking, Wang Lei, pihak berkuasa tidak boleh mengaibkan maruah suspek kerana tindakan itu melanggar undang-undang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: