|
|
RAMALLAH - Berpuluh-puluh ribu penduduk Palestin berhimpun sekitar makam Yasser Arafat (gambar) yang merupakan bekas pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pengasas parti Fatah.
Pengganti Arafat, Presiden Mahmoud Abbas menggunakan majlis itu untuk mengulangi pendirian untuk tidak kembali berunding dengan Israel sehinggalah Tel Aviv menghentikan semua pembinaan haram di Tebing Barat.
Orang ramai bersorak apabila mendengar ucapan Mahmoud itu.
Sebelum ini Mahmoud menyatakan beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden Palestin pada pilihan raya akan datang kerana kecewa dengan kelembapan proses damai Israel-Palestin.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mahu rundingan damai itu disambung semula tetapi pada masa yang sama beliau cuma bersetuju untuk memperlahankan pembinaan penempatan haram Israel.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: