TUMPAT - Sepatutnya minggu ini adalah minggu 'mengutip hasil' kepada lebih 1,200 penanam padi di lima jajahan di Kelantan apabila padi mereka sudah cukup matang untuk dituai.
Namun, mereka tidak dapat melawan hukum alam apabila hampir 4,200 hektar tanah sawah ditenggelami banjir yang melanda negeri itu bermula Khamis lalu.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Ibrahim Mat berkata, antara sawah yang teruk dilanda banjir ialah di Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu Selatan, Bachok dan Pasir Puteh serta kawasan Ladang Merdeka.
Menurutnya, kerugian yang dialami oleh petani dianggarkan berjumlah lebih RM18 juta dengan anggaran hasil tuaian sebanyak 18,243 tan iaitu pada kadar 4.7 tan bagi satu hektar.
"Kita amat terkejut apabila banjir pada tahun ini berlaku awal kerana biasanya akan bermula pada awal Disember menyebabkan petani tidak sempat menuai hasil tanaman mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: