WORCESTER - Seorang pelajar berumur 16 tahun, Emma Cahill berasa bangga dengan dirinya kerana memiliki ketinggian 1.98 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
"Saya berasa bangga kerana menjadi pelajar wanita paling tinggi. Saya mahu ketinggian saya meningkat supaya sama dengan bapa saya," katanya.
Bapanya, Andrew yang berusia 45 tahun mempunyai ketinggian 2.01 meter manakala ibu pelajar itu, Jane setinggi 1.55 meter.
"Kami pernah bergurau bahawa sebuah rumah yang lebih besar perlu dibeli bagi membolehkan kami tinggal bersama," kata Andrew.
Emma terpaksa menempah kasut dan pakaian sekolah ekoran ketinggiannya itu.
Pakaian yang dijual di kedai turut tidak muat untuk dirinya.
Dia berasa bimbang kerana masih tidak mempunyai kekasih.
"Saya berpendapat ketinggian saya menakutkan ramai lelaki," katanya.
Emma akan belajar memandu apabila umurnya mencecah 17 tahun pada Ogos tahun depan.
"Saya kini sedang mencari kereta yang sesuai dengan saiz saya di bahagian tempat duduk pemandu.
"Terdapat beberapa buah kereta yang boleh saya pandu tetapi malangnya tidak ada sebuah pun kereta Mini sesuai untuk saya kerana ia menjadi pilihan utama saya," kata Emma.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: