Friday, November 13, 2009

Nora Danish ada kekasih baru?


Nora Danish pernah dikatakan bercinta dengan Noh Hujan.

Kelibat aktres jelita dilihat hadir bersama jejaka kacak rai parti Halloween

FUYOO! Hebat sungguh penangan bintang jelita Akademi Fantasia 3 (AF3), Marsha apabila Zubir dihujani kritikan hebat daripada pelayar internet sebuah laman web hiburan popular selepas memaparkan perihal Marsha yang didakwa terdesak mencari pengganti cinta baru menerusi ruangan ini dalam B*Pop minggu lalu.

Zubir sekadar melahirkan perasaan geli apabila membaca kenyataan Marsha menerusi sebuah majalah hiburan apabila dia mengakui amat meminati Yusry KRU dan tergamam apabila pertama kali melihat bekas suami Erra Fazira itu di depan matanya. Pelayar internet terus menghamburkan kata-kata kesat terhadap Zubir gara-gara artikel berkenaan. Sudah-sudahlah. Ada Zubir kisah ke cakap-cakap orang di luar sana!

Marsha yang putus cinta dengan bekas kekasihnya, Keifli, buat kenyataan begitu mungkin dia terdesak 'mencipta' kontroversi. Tapi, tak mengapalah Marsha, sekurang-kurangnya nama Marsha sentiasa berada dekat di hati Zubir dan peminatnya. Lagipun kalau Marsha asyik bercerita perihal kerjaya semata-mata, belum tentu Zubir berminat memaparkan gambar dan kisahnya di ruangan ini. Justeru, kepada peminat Marsha, just be cool...OK!

Namun, berlainan pula dengan kisah aktres comel dan manja, Nora Danish yang kini memegang status janda meletup! Selepas reda kisah cinta dirinya bersama Noh Hujan apabila kedua-duanya membuat pengakuan perkenalan mereka tidak membabitkan sebarang perasaan, ramai yang tertunggu-tunggu, siapa yang bakal bertakhta di hati Nora, masakan tidak, aktres jelita dan panas sepertinya, mesti ramai pria hebat menunggu!

Pun begitu, kontroversi yang pernah melanda Nora-Noh pantas disambar produser Global Station Network, Datin Zaiton Mohamed Jiwa apabila berjaya menggandingkan pasangan ‘teman tapi mesra’ itu menerusi drama bersiri musim ketiganya, Spa Qistina yang akan bersiaran menerusi Astro tidak lama lagi. Zubir yakin, pasti ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan Nora sedang menyaksikan Noh membuat persembahan menerusi drama penuh kontroversi itu.

Namun, Zubir yakin, hubungan Nora dan Noh sekadar perkenalan sesama artis tanpa membabitkan perasaan cinta. Kalau sekadar mereka keluar makan atau minum bersama, itu perkara biasa, belum boleh dikategorikan pasangan berkenaan sedang berkasih, namun sekiranya dilabel 'teman tapi mesra', bagi Zubir, tak ada masalah pun...

Pun begitu, minggu lepas seorang teman lama menghubungi Zubir, memaklumkan dia ternampak kelibat Nora bersama seseorang hadir meraikan parti Halloween Night pada 31 Oktober lalu di sebuah kelab eksklusif, aras bumbung sebuah pusat membeli belah terkemuka di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Teman Zubir tadi seorang penyanyi dan pelakon, namun dia tidak berkesempatan menyapa Nora yang hadir berdua bersama jejaka berkenaan.

Teman Zubir menambah, dia difahamkan teman baru Nora itu bukan sebarangan orangnya, sebaliknya seseorang yang berkedudukan tinggi, anak VIP lagi! Zubir tak berani nak melabel Nora dan pemuda berkenaan adalah pasangan kekasih.

Mungkin Nora kesepian selepas bercerai dan apabila dia tidak terbabit dengan sebarang penggambaran drama, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dia mempelawa teman baiknya menemaninya ke majlis keramaian.

Pun begitu, sekiranya Nora dan pemuda VIP itu serasi dan memahami kerjaya masing-masing, molek sangat sekiranya Nora membuat keputusan mencari pengganti hatinya yang pernah terluka suatu ketika dulu. Kini, yang bertakhta di hati Nora ialah anaknya, Rayqal yang dah nak masuk dua tahun itu.

Lebih menarik cerita teman tadi, selain Nora dan teman barunya itu, hadir sama meraikan Halloween Night di kelab berkenaan ialah bekas suami Nora, Rizal! Ramai mata yang berpeluang menyaksikan Rizal tidak keseorangan pada malam itu, sebaliknya kelibat seorang aktres kontroversi yang sering dikaitkan dengan dirinya sebelum ini turut hadir sambil mengenakan kostum witch! Namun, Rizal dan aktres berkenaan tidak datang bersama.

Bagi Zubir, elok sangatlah tu, Rizal dan aktres berkenaan memang diramalkan serasi, mudah-mudahan Nora serta pemuda VIP itu pun 'sesuaiii...'!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: