Thursday, November 12, 2009

Malaysia destinasi pertama lawatan Susilo


NAJIB bersalam dengan Susilo sambil diperhatikan Rosmah (kiri) dan Ani di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia diberi sambutan rasmi di Dataran Parlimen di sini semalam.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri, Ani Bambang Yudhoyono disambut oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, barisan menteri Kabinet serta para perwakilan asing.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebelum Susilo memeriksa kawalan kehormat yang dibarisi 107 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mej. Mohd Radzi Othman.

Lawatan Susilo ke Malaysia merupakan lawatan pertama beliau ke luar negara selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua pada Oktober lepas.

Sebelum itu, Susilo serta rombonganya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.35 tengah hari dan disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, selaku menteri pengiring.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: