Apa yang dimakan tu? Mangga Muda ada juga buat majlis makan-makan kat pejabat, baru saja bayar bil makan kat syarikat katering. Hanya RM4,000 sahaja untuk makan 300 tetamu. Itupun banyak orang yang tapau bawa pulang sebab tak berhabis pun.
Apa yang dimakan tu sampai bil melambung tinggi? Dengarnya salah satu juadah ialah masakan ikan kelah. Memanglah ikan kelah susah nak dapat, tapi tak kanlah pulak sampai beribu-ribu lemon harganya. Ni kira mencekik leher dan segala bahagian tubuh badan ni.
Patutlah artis muda tu nampak melaram semacam aje kalau ada majlis yang disertainya. Rupa-rupanya ada hasil cekik darah pengunjung restorannya yang ala-ala manja tu.
Mangga Muda: Tak sanggup nak makan ikan kelah yang bersinar sisiknya tu. Seronok tengok ikan kelah di Taman Negara yang dijaga dan dilarang memancing demi memastikan ia tidak pupus. Kalau tak silap Mangga Muda species ikan tu dilindung
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: