Thursday, November 5, 2009

Lima tahun Hattan didakwa abai edah


ARIANIE


PETALING JAYA - "Selepas lima tahun, saya sudah tidak boleh bersabar lagi."

Demikian tegas Arianie Mohd. Abidin, bekas isteri penyanyi Hattan apabila diajukan soalan berhubung tuntutan edah dan mutaah yang tergantung sejak difailkan pada 2006 di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Menurut pramugari Malaysian Airlines (MAS) itu, dia pernah menuntut edah dan nafkah daripada Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabuddin sejak mereka disahkan bercerai pada 10 Mac 2005.

"Tapi selepas lima tahun, saya tidak pernah dapat apa-apa, sedangkan semua orang tahu (edah) itu tuntutan agama.

"Dia kena bertanggungjawab, saya sudah tiada apa lagi sekarang ini, anak pun tinggal dengan dia," kata Arianie merujuk kepada anak lelaki tunggal mereka, Adam Eiman, 11, yang tinggal bersama Hattan.

Arianie, 39, juga tidak menolak untuk memfailkan hadhanah iaitu hak penjagaan anak selepas bekas suaminya itu dilihat mengenakan syarat-syarat tertentu apabila ingin membawa anaknya keluar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: