|
|
ALOR SETAR - Masyarakat masih ber sikap tunggu dan lihat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) walaupun ia telah dibuka untuk langganan sejak 4 Ogos lalu.
Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar), ini mungkin kerana mereka terlalu banyak mendengar pelbagai khabar angin atau isu mengenainya sehingga membuatkan pelabur berasa musykil dan teragak-agak untuk melabur.
"Banyak isu bermain di kepala mereka (pelabur), sebagai contohnya jika mereka melabur dalam saham amanah ini dalam tempoh lima tahun, maka ia tidak boleh jual, dakwaan ini tidak betul dan ini menggambarkan mereka masih tidak faham dengan konsep pelaburan di PNB," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini semalam selepas melancarkan promosi AS1M untuk Zon Utara dan pelepasan Skuad MyVi AS1M yang akan menjelajah ke lokasi tumpuan di sekitar Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Hamad Kama Piah menjelaskan, disebabkan berlakunya pelbagai isu dan dakwaan negatif yang membuatkan pelabur keliru maka PNB terpaksa turun padang dengan mengadakan program mempromosikan produk pelaburan tersebut di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: