Wednesday, November 4, 2009

Guru berbogel mahu sakiti kekasih


WHITWELL


WELLINGTON - Seorang guru wanita New Zealand, Rachel Whitwell yang berbogel dalam sebuah majalah mendakwa dia berbuat demikian kerana mahu menyakiti kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Whitwell, 27, dipercayai sengaja berbuat demikian bagi membalas dendam setelah dia bergaduh dengan teman lelakinya, Steve Crow di Auckland.

Ibu kepada seorang anak itu mencetuskan kejutan akhir bulan lalu apabila dia muncul dengan imej-imej seksi termasuk tidak berpakaian untuk sebuah majalah bogel Australia.

Wanita itu mendakwa bercinta hampir dua tahun malah merancang untuk berkahwin dengan Crow, 52, iaitu seorang raja industri pornografi New Zealand dan pengedar filem lucah.

Whitwell mengirim gambar-gambar seksi kepada majalah Australia tersebut sebagai cara untuk merendahkan maruah Crow.

"Bergambar dalam keadaan bogel di laman web sekadar untuk menyakiti Crow kerana dia menyatakan tidak mahu keluar dengan seorang model bogel," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: