Saturday, November 21, 2009

Bina taman tema Harry Potter


MAHLIGAI Hogwarts Harry Potter setinggi 45 meter sedang dalam pembinaan di Universal Studio di Miami, Florida.


ORLANDO - Selepas mencipta populariti menerusi tujuh siri buku dan sekuel filem fiksyen, peminat Harry Potter kini berpeluang menikmati pengembaraan di taman tema remaja sihir terkenal itu tahun depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wizarding World of Harry Potter yang dibina pada 2007 dengan kos AS$267 juta (RM905 juta) dijangka mula dibuka kepada pengunjung menjelang musim bunga 2010.

Peminat juga dapat merasai tiga laluan pengembaraan yang diadaptasi daripada beberapa siri karya penulis wanita Britain, JK Rowling di kawasan pulau seluas lapan hektar di sini.

Ia terletak di tapak bekas lokasi penggambaran Universal Studio Orlando, 329 kilometer dari Miami, yang kemudian diubahsuai menjadi sebuah taman tema keluarga sejak 1999.

Taman itu mempunyai enam buah pulau buatan dan sudah dikunjungi lebih 5.3 juta pelawat setahun dengan tarikan utama ialah mahligai Hogwarts Harry Potter setinggi 45 meter.

Syarikat filem Universal berkata, Harry Potter dipilih selepas mereka berjaya mendapat hak cipta karya popular itu daripada pihak Warner Brothers dan Rowling pada 2007.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: