|
|
PELAKON kacak, Robert Pattinson tanpa berselindung mengaku dia cukup berbangga apabila dikurniakan wajah lelaki Inggeris sejati.
Masakan tidak, menjadi lelaki Inggeris membuatkan dia tidak perlu terlalu mengambil peduli regim penjagaan wajah.
Jejaka berusia 22 tahun yang sebelum ini membintangi filem Twilight berkata, dia kurang mengalami tekanan berbanding lelaki British yang biasanya memiliki gigi hodoh dan rupa paras biasa sehingga cuba untuk kelihatan seperti jejaka Inggeris.
Lantaran itu, kata Robert dia enggan mengambil peduli tabiat lelaki British yang terlalu mengagung-agungkan wajah orang Inggeris.
"Saya berada dalam bidang seni sekadar mahu melibatkan diri dalam filem. Bahkan saya mahu berusaha sedaya-upaya supaya menjadi pelakon yang baik dari semasa ke semasa.
"Kalau anda lihat, saya tidak pernah memaksa diri untuk menjadi orang lain setelah bergelar pelakon dan dikenali ramai.
"Asalkan saya dapat pergi ke gimnasium menjalani latihan fizikal dan nampak seperti seorang bintang filem, ia sudah memadai tanpa perlu terikut-ikut dengan perangai orang British.
"Menjadi lelaki dengan wajah Inggeris sebenarnya memberi kelebihan tertentu kepada saya. Masakan tidak, saya boleh kelihatan buruk sekali-sekala memandangkan rupa ini sudah dilihat okey tanpa memerlukan penjagaan rapi," ungkapnya.
Robert yang memegang watak sebagai puntianak, Edward Cullen menerusi filem Twilight turut mendedahkan dia belum bersedia untuk hidup dalam dunia yang serba-serbinya disanjung oleh peminat di seluruh dunia.
Robert sewaktu diwawancara majalah Sunday Times menjelaskan: "Situasi itu benar-benar menakutkan dirinya kerana selepas terlibat dalam filem Twilight, para peminat punya ekspektasi tinggi terhadap mutu lakonan saya.
"Sekarang saya sudah meraih populariti selepas Twilight walaupun hakikatnya saya tidak dapat berdepan dengan kemasyhuran seperti aktor lelaki lain yang lebih hebat dan berpengalaman di Hollywood.
"Beberapa kejayaan kecil yang diperoleh sebelum ini masih dapat saya lalui seperti biasa. Tetapi kalau melibatkan pencapaian besar, saya bimbang untuk mengendalikan situasi glamor itu.
"Barangkali saya hanya mampu berkata, Oh Tuhanku, apakah semua ini kerana saya secara realitinya tidaklah bagus sangat," jelasnya bersungguh-sungguh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: