Thursday, November 5, 2009

20,000 mangsa koperasi cepat kaya


ISMAIL SABRI menandatangani plak perasmian sempena pelancaran Koperasi Bela Rakyat negeri Selangor sambil diperhatikan Mangsor (kiri) di Shah Alam.


SHAH ALAM - Sebanyak sembilan daripada 7,000 buah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di seluruh negara dikesan menjalankan skim cepat kaya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak terbabit dipercayai sengaja mewujudkan skim itu dalam bentuk koperasi semata-mata mahu mengaburi orang ramai supaya menjadi ahli.

Menurut beliau, koperasi tersebut juga didapati menawarkan keuntungan tinggi yang tidak munasabah kepada para pelabur sebelum sesuatu perniagaan dimulakan bagi menarik perhatian orang ramai.

"Contohnya sebuah koperasi yang menjalankan projek tanaman serai kononnya para pelaburnya boleh dapat pulangan keuntungan sehingga lima peratus sebulan atau 40 peratus setahun tetapi sebenarnya tiada projek dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: