Monday, December 12, 2016

Gong Yoo Diburu 50 Pengiklan Selepas 'Goblin' Ditayangkan



Gong Yoo tampil dalam drama bersiri terbaharu berjudul Goblin.
AKTOR Gong Yoo menjadi buruan 50 pengiklan gara-gara drama bersiri terbaharu lakonannya berjudul Goblin yang ditayangkan baru-baru ini.
Allkpop melaporkan rating drama berkenaan yang naik mendadak hanya selepas dua episod ditayangkan menyebabkan pengiklan mahukan aktor itu mewakili produk mereka.
"Pada minggu pertama Goblin ditayangkan 50 pengiklan menunjukkan minat terhadapnya dan angka itu bertambah ketika episod kedua drama itu disiarkan.
"Goblin yang mendapat rating tinggi membawa tuah kepadanya sehingga ramai inginkannya menjadi jurucakap produk dan menawarkan pelbagai kontrak kepadanya," kata pemerhati industri.
Selain Goo Yong popular menerusi filem Train to BusanGoblin turut menampilkan barisan pelakon seperti Lee Dong Wook, Park Hee Von dan Kim Min Jae.
Dalam pada itu, Gong Yoo kini bertindak sebagai jurucakap produk untuk sembilan syarikat berbeza termasuk pakaian, kosmetik, kereta, kopi dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: