Monday, December 12, 2016

G-Dragon (Big Bang) Dikagumi Anak Will Smith



Will Smith dan Jaden Smith bergambar dengan G-Dragon (tengah) ketika melawat ke Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
ANAK kepada pelakon terkenal Hollywood, Will Smith iaitu Jaden Smith yang meminati muzik kpop melahirkan rasa kagum terhadap penyanyi Korea Selatan, G-Dragon.
Allkpop melaporkan Jaden menjadikan anggota kumpulan Big Bang itu sebagai idolanya dalam mengembangkan kariernya sebagai penyanyi rap di Amerika Syarikat.

Jaden turut menulis status di Twitter miliknya memberitahu G-Dragon adalah inspirasinya sebagai artis.
Malah Jaden bersama bapanya sanggup berkunjung ke Seoul untuk bertemu dengan G-Dragon dan sempat menghabiskan masa di studio rakaman bersama penyanyi itu.
Selain G-Dragon, Jaden dan Will turut bertemu dengan artis-artis dibawah naungan YG Family seperti Psy, CL dan Taeyang pada lawatan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: