Thursday, April 2, 2015

Surat khabar tidak kena GST


  • Surat khabarGambar hiasan

PUTRAJAYA - Pembeli dikenakan GST semasa membeli surat khabar pada hari pertama pelaksanaan cukai baharu itu, boleh menuntut bayaran terlebih daripada penjual.
 
Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T Subromaniam berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai caj GST dikenakan ke atas surat khabar dan telah membuat siasatan. 
 
“Kita telah bercakap dengan pihak syarikat. Mereka kata ada masalah sedikit dalam sistem komputer, sepatutnya surat khabar berkadar sifar GST tetapi menjadi kadar standard (enam peratus) di dalam resit. 
 
“Mereka berjanji secara serta-merta berhenti (kenakan GST) dan bagi pelanggan yang sudah beli boleh dapatkan semula wang (daripada penjual),” katanya di sini, semalam. 
 
Semalam, satu gambar menjadi viral di media sosial menunjukkan resit pembelian senaskhah surat khabar di sebuah rangkaian kedai serbaneka popular. 
 
Di dalam resit itu, pembeli dicaj RM1.25 selepas GST bagi surat khabar RM1.20. 
 
Surat khabar antara barangan dikecualikan GST oleh Kementerian Kewangan, bermakna pengguna tidak perlu membayar GST enam peratus daripada harga jualan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: