KUALA LUMPUR: Selepas 13 tahun, anugerah penghargaan terbesar Bollywood iaitu Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) edisi ke 16 kembali dianjurkan buat kali kedua di negara ini.
Ia akan diadakan pada 7 Jun depan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Wakil bintang Bollywood iaitu pelakon Anil Kapoor berkata, acara ini merupakan salah satu pengiktirafan yang paling dinanti-nantikan setiap tahun oleh pengiat-pengiat filem Hindi.
Malah dia begitu gembira apabila Malaysia sekali lagi menjadi lokasi majlis yang bakal menghimpunkan nama-nama besar dalam industri filem Hindi.
"Sebagai salah seorang ahli yang bergiat aktif dalam industri perfileman India dan wakil IIFA, saya merupakan antara yang menyaksikan perkembangan IIFA sejak ia diperkenalkan.
"Sehingga kini IIFA dilihat menjadi medan dan platform kepada pengiat seni Bollywood untuk berkembang ke seluruh dunia. Saya juga gembira apabila acara ini sekali lagi dianjurkan di negara ini," ujarnya.

Bipasha (dua dari kiri) dan Anil Kapoor (dua dari kanan) hadir dalam sidang media mengenai anugerah IIFA.
Anil Kapoor dan Bipasha Basu ditemui pada majlis mengumumkan penganjuran Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India edisi ke-13 di Hotel The Ritz Carlton, di sini, Rabu.
Acara kemuncak anugerah IIFA akan berlangsung pada 7 Jun depan di Stadium Putra Bukit Jalil.
Sempena penganugerahan tersebut, dua acara turut berlangsung iaitu konsert Rock IIFA pada 5 Jun di Istana Budaya manakala, pada 6 Jun pula tayangan filem berjudul Dil Dhadakne Do lakonan Ranveer Singh dan Priyanka Chopra akan diadakan di GSC, Pavilion.
Dalam pada itu, Bipasha Basu berkata, negara ini menyimpan kenangan manis buatnya kerana dia pertama kali memenangi kategori Wajah Baru di IIFA pada tahun 2002.
Katanya, seperti pelancong lain, dia juga mahu menikmati makanan tradisional negara ini dan menghabiskan masa dengan membeli-belah.
"Sudah tentu negara ini menyimpan kenangan paling manis buat saya apabila buat pertama kali saya memenangi anugerah sebagai Wajah Baru pada tahun tersebut.
"Kali ini saya sangat teruja untuk mencari makanan-makanan istimewa dan tradisional di Malaysia. Selain itu, saya juga ingin melihat beberapa pusat beli-belah terkenal di negara ini," ujarnya.
Dalam pada itu lebih 10 selebriti popular sudah mengesahkan kehadiran mereka bagi meraikan malam kemuncak IIFA pada 7 Jun nanti.
Antaranya Prinyka Chopra, Arjun Kapoor, Dia Mirza, Boney Kapoor, Fawed Khan, Alia Bhatt dan Farhan Akhtar.
Sebelum ini IIFA pernah dianjurkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Afrika Selatan, Sri Langka, dan Kanada.
Sementara itu, penjualan tiket untuk acara tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: