Thursday, April 2, 2015

Hasrat belum kesampaian


  • Dayang NurfaizahDayang Nurfaizah

PENYANYI hitam manis, Dayang Nurfaizah menyimpan hasrat untuk menghasilkan album tradisional, suatu hari nanti. Bagaimanapun, hasrat pelantun lagu Di Pintu Syurga itu terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini.

"Sebenarnya, lagu-lagu berentak tradisional ini sentiasa dekat di hati saya.

"Malah, jika diberi peluang dan ada rezeki, saya memang teringin untuk merakamkan album berunsur tradisional ini.

"Tapi, hingga kini masih belum berkesempatan lagi," katanya ketika ditemui Zass di program Serlahan Seni Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) 2015, Jom Balik Kampung Bersama Media di Melaka, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 34 tahun ini tidak merasakan dirinya meletakkan harga tinggi (demand) selepas meraih pelbagai kejayaan pada tahun lalu.
"Dayang tetap Dayang. Saya masih lagi orang yang sama.

"Semua kejayaan yang saya peroleh itu adalah bonus buat saya dan peminat yang sentiasa menyokong.

"Alhamdulillah, segala usaha ternyata berbaloi," katanya yang bercadang untuk mengeluarkan single terbaru tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Dayang bakal disatukan dengan Azlan The Typewritter menerusi persembahan Minggu Setiausaha, Memorable With Azlan & Dayang yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square pada 8 April nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: