KUALA LUMPUR: Kumpulan Caliph Buskers mengadakan sesi khas bertemu peminat di stesen transit aliran ringan (LRT) Dang Wangi pada Sabtu (hari ini) bermula pukul 2 petang.
Kumpulan yang dianggotai Golongan Kelainan Upaya (OKU) itu menjanjikan satu persembahan hebat dan bakal mendendangkan lagu dari album sulung mereka termasuk lagu hit, Hanya Nama Mu.
Program yang dianjurkan oleh Prasana Malaysia Berhad (Prasarana) turut menampilkan kumpulan Forteen dan #Tag.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Prasarana, Lim Jin Aun berkata, program itu diadakan sebagai satu pra acara mempromosikan program 'Busking in Transit' disamping menceriakan perjalanan para pelanggan.
"Program terbabit kini dalam fasa akhir perancangan dan akan dilancarkan pertengahan tahun ini dengan Caliph Buskers sebagai antara artis utama," katanya.
Tambah beliau, Prasarana sedang mengenal pasti stesen LRT dan monorel serta hab bas tertentu bagi kumpulan busker membuat persembahan sebagai langkah meningkatkan keceriaan di stesen terbabit.
"Prasarana sedang mengatur pelbagai program dan aktiviti selaras dengan aspirasi untuk membina gaya hidup baharu dalam kalangan rakyat di negara ini berkisarkan kehidupan di sekitar stesen," katanya.
Lim berkata, konsep yang dibangunkan adalah melalui penekanan baharu untuk projek Pembangunan Berorientasikan Pengangkutan (TOD) dengan membuka lebih banyak ruang komersil dan penempatan berhampiran stesen.
Mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi Prasarana melalui e-mel busking@rapidkl.com.my.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: