MERSING - Seorang suri rumah yang kematian suami dan anak lelaki 16 tahun lalu terkejut apabila menerima pencen penakat sebanyak RM124,556.93, kelmarin.
Fatimah Suboh, 63, mengakui tidak tahu mengenai pencen tersebut namun baru-baru ini disarankan keluarganya untuk menyemak kelayakan pencen penakat arwah suaminya, Mohd Tahir Musa dan anak lelakinya, Zuriman.
Menurutnya, dia ke Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kluang minggu lalu untuk membuat semakan kelayakan pencen arwah suami dan anaknya.
“Memang tak sangka saya layak menerima pencen sebanyak ini. Selepas kematian suami dan anak, saya memang hilang mata pencarian.
“Walaupun lambat buat tuntutan, Perkeso memproses tuntutan saya dengan cepat. Terima kasih banyak-banyak,” katanya ketika menerima kunjungan wakil Perkeso di rumahnya di Tanjung Resang, kelmarin.
Zuriman yang bekerja sebagai operator kilang meninggal dunia 16 tahun lalu (12 Ogos 2001) akibat kemalangan jalan raya sebaik pulang dari kerja pada usia 22 tahun.
Manakala Tahir yang bekerja sebagai pengawal keselamatan meninggal dunia setahun kemudian (17 Oktober 2002) akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Sementara itu, Pengurus Pejabat Perkeso Kluang, Zainurin Zakaria berkata, pihaknya telah menyemak kelayakan pencen penakat suami dan anak lelaki Fatimah selepas warga emas itu hadir ke pejabat Perkeso, minggu lalu.
“Kami mendapati caruman suami dan anaknya itu cukup untuk membolehkan Fatimah membuat tuntutan.
“Dia layak, jadi kami menyerahkan bayaran pencen terkumpul dari tarikh kematian suami dan anaknya masing-masing berjumlah RM79,989.40 dan RM44,567.53 serta Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000,” katanya.
Dalam pada itu, Zainuri berkata, pihaknya sentiasa prihatin dengan kes-kes seumpama ini di mana masih wujud pihak yang tercicir maklumat.
“Kami akan perhebatkan sesi penerangan ke kawasan kampung melibatkan kerjasama dengan pemimpin setempat. Mungkin ada lagi kes seumpama ini yang belum dikesan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: