GOLDEN BAY - NEW ZEALAND. Pihak berkuasa dan Jabatan Pemuliharaan (DOC) memberi amaran kepada orang ramai untuk laporkan jika terjumpa bangkai paus jenis Pilot di persisiran pantai ini kerana dikhuatiri akan meletup lapor GlobalNews.
Setakat ini, sebanyak 300 bangkai paus yang terkandas telah dibuat lubang bagi mengelakkan ia meletup sewaktu tempoh mereput.
"Kawasan itu kini ditutup kepada orang ramai kerana risiko ikan paus meletup dan pekerja-pekerja tempatan memakai pakaian perlindungan untuk membuat lubang pada badan paus tersebut untuk keluarkan gas dalaman yang buat tekanan," kata jurucakap DOC pada media tempatan.
Sebelum ini, lebih daripada 600 ikan paus terkandas di pantai tersebut dalam waktu yang berbeza dan daripada jumlah tersebut dianggarkan sekitar 400 dapat diselamatkan oleh anggota penyelamat.
Punca kejadian tersebut masih belum dapat dikenal pasti.
Bagaimanapun, kejadian ini bukanlah kali pertama terjadi memandangkan air cetek di kawasan berlumpur itu mengelirukan sonar ikan paus tersebut.
Ikan paus jenis Pilot ini bukanlah spesis terancam namun begitu populasinya di kawasan itu mungkin berada di dalam bahaya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: