Wednesday, February 15, 2017

Isu Baju Celoreng Hazama, TV3 Mohon Maaf



Hazama terika kritikan kerana pakai baju celoreng.
PETALING JAYA: Pihak penerbitan rancangan hiburan Mentor Milenia milik TV3 memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pemakaian baju bercorak celoreng salah seorang penyanyi yang terlibat dalam program berkenaan iaitu Hazama.

Menerusi kenyataan kepada mStar Online, pihak produksi rancangan berkenaan itu menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk memperkecilkan tugas badan berunifom itu kepada masyarakat dan negara.

"Syarikat penerbitan rancangan Mentor Milenia, Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia dan semua pihak yang tersinggung atas pemakaian baju celoreng oleh salah seorang daripada mentor rancangan tersebut.

"Kami ingin memaklumkan bahawa pemakaian baju celoreng oleh Hazama ketika berlangsungnya Konsert Mentor Milenia pada 12 Febuari 2017 tidak sama sekali berniat untuk memperkecilkan tugas dan pengorbanan ATM kepada masyarakat dan negara," ujar wakil produksi.

Dalam pada itu, pihaknya juga mengakui kurang peka dengan situasi yang melibatkan ATM.

Berikutan insiden ini, mereka berjanji untuk memberi peringatan kepada semua krew produksi termasuk selebriti jemputan untuk memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang.

Terdahulu, Hazama yang bertindak sebagai mentor di konsert pengenalan Mentor Milenia 2017 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada Ahad lalu menerima kecaman di laman sosial kerana memakai pakaian bercorak celoreng.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Sampai Mati itu sudah memohon maaf kepada pihak ATM dan netizen yang tersinggung dengan perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: