BANGKOK - THAILAND. Polis menahan empat orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan rampasan hampir sejuta pil methamphetamine di sebuah rumah di selatan Thailand.
Suspek, yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita, ditangkap di rumah berkenaan di Phattalung.
Menurut sumber Biro Pencegahan Narkotik (NSB), kesemua mereka dipercayai ditugaskan menghantar dadah berkenaan ke Sungai Golok berhampiran sempadan Kelantan.
"Kira-kira 724,000 daripada pil itu ditemukan di dalam kereta di luar rumah berkenaan, berserta sepucuk pistol, manakala dadah selebihnya dirampas di rumah itu.
"Polis melancarkan satu operasi bagi menangkap sekumpulan penghantar dadah dan merampas pil methamphetamine itu susulan maklumat yang diterimanya bahawa ia (kumpulan berkenaan) merancang menggunakan rumah itu untuk menyembunyikan dadah berkenaan sebelum mengangkutnya ke Sungai Golok," kata beliau kepada Bernama hari ini.
Menurut sumber berkenaan, nilai jalanan dadah yang dirampas itu boleh mencapai 200 juta Baht (RM25 juta).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: