YAYASAN Artis 1Malaysia (YA1M) akan membawa penyanyi Ben Nathan ke Jakarta, Indonesia untuk sesi rakaman lagu di sana.
Perkara itu dinyatakan Presidennya, Datuk DJ Dave kepada Sinar Online hari ini.
Katanya, itulah impian Ben sebelum ini.
“Ketika kali pertama saya bertemunya minggu lalu, dia ada cakap nak ke Indonesia, sebab ada orang janji nak rakam lagu dia.
“Perkara itu diulang beberapa kali ketika saya melawatnya di hospital. Saya pasti, ada yang pernah membuat janji kepadanya dan tidak mengotakannya.
“Jadi YA1M mendapat kerjasama daripada pengasas Jojo Events, Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir untuk merealisasikan impian Ben,” katanya.
Ditanya mengenai status kesihatan Ben, beliau berkata, hari ini Ben akan menjalani ujian MRI di bahagian kepalanya.
“Setakat yang diberitahu doktor dan ahli keluarganya, dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan dan bebas dadah.
“Tetapi, doktor mahukan kepastian mengapa Ben jadi seperti sekarang. Dia ingat semuanya, tetapi mengapa dia sering cakap perkara sama berulang kali,” ujarnya.
Sebelum ini, YA1M dan Syed Mohd Yusof sudah sepakat untuk menganjurkan majlis makan tengah hari bagi mengutip dana untuk diberikan kepada Ben.
“Saya sendiri akan turun padang menyanyi. Saya harap majlis ini akan mendapat perhatian ramai, kerana ini adalah majlis amal, menghulur kepada yang memerlukan,” katanya.
Ben yang pernah popular dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu hidup sebagai gelandangan di sekitar ibu kota sejak 24 tahun lalu.
Videonya dirakam orang awam dan mula menjadi tular. Susulan itu, YA1M bertemunya dan cuba untuk mengubah kembali kehidupannya.
Selepas bertemunya, Ben kini menjalani rawatan kesihatan dan mental di wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: