PEREKA fesyen yang juga pengarah kreatif Chanel, Karl Lagerfeld secara terbuka menyelar sikap Meryl Streep yang didakwa meminta bayaran untuk menggayakan pakaian rekaannya.
Karl dalam satu temubual bersama WWD memberitahu permintaan aktres itu tidak masuk akal malah gaun yang direka khas untuknya bernilai AS$100,000 (RM440,000).
"Dia boleh simpan gaun itu kerana ia dibuat khas untuknya tetapi kami di Chanel tidak mempunyai polisi untuk membayar sesiapa yang memakai baju rekaan kami.
"Meryl aktres berbakat besar dan pintar tetapi juga seorang yang 'murah'," katanya seperti dilaporkan E! Online.
Karl turut memberitahu gaun tersebut direka untuk pelakon itu bagi menghadiri Anugerah Akademi yang bakal berlangsung pada pagi Isnin (waktu Malaysia).
Wakil Meryl bagaimanapun menafikan dakwaan Karl itu dan menjelaskan tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk memakai sesuatu pakaian.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: