Tuesday, February 28, 2017

'No Media' Pada Majlis Nikah Sari Yanti & Jep (Sepahtu)




Pasangan pelakon Sari Yanti dan Jep Sepahtu mengejutkan peminat apabila bernikah pada pagi Sabtu. Foto Ihsan Instagram @sinarfm dan @wr.co
PETALING JAYA: Pasangan pelakon Sari Yanti dan Jep (Sepahtu) secara mengejut melangsungkan pernikahan pada pagi Sabtu selepas berteka-teki tentang hubungan sebenar di antara mereka sebelum ini.

Majlis secara tertutup itu diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal di sini namun pihak media dilarang membuat liputan.

Malah plakad 'No Media' turut dilekatkan pada pintu masuk menuju ke lif untuk ke dewan utama yang dikawal ketat oleh penganjur.

Seramai 250 tetamu hadir pada majlis itu.

Dalam pada itu, Sari Yanti, 33, turut memuat naik gambar Jep ketika melafazkan akad nikah dan turut berada dalam gambar itu adalah rakan baiknya, Shuib dan Rahim.
Jep turut ditemani oleh dua teman baiknya iaitu Shuaib dan Rahim ketika melafazkan akad nikah. Foto Ihsan Facebook CST PRODUCTION
Antara rakan artis lain yang turut hadir adalah Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Azhael, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.

Ia adalah perkahwinan kedua pelakon itu selepas berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Sebelum ini, gosip mengenai hubungan kedua-dua mereka menjadi bualan hangat apabila mereka sering berkongsi gambar di laman sosial.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: