Wednesday, February 15, 2017

Ada Apa Dengan Sufian Suhaimi & Elfira Loy



Gambar yang dimuat naik Elfira di Twitter ketika mereka sama-sama melakukan rawatan wajah pada awal bulan ini.
PETALING JAYA: Penyanyi Sufian Suhaimi berharap hubungan rapatnya dengan pelakon Elfira Loy tidak disalah anggap kononnya mereka kini sedang dilamun cinta.

Bagaimanapun menurut Sufian, 25, dia mengakui spekulasi mengenai hubungannya dengan Elfira semakin hangat diperkatakan netizen selepas dia sendiri memuat naik gambar mereka di laman Twitter pada Isnin.

"Saya dan Elfira hanya berkawan, tak lebih daripada itu. Saya selesa berkawan dengan dia sama seperti orang lain," katanya.

Gambar yang dimuat naik Sufian di Twitter pada Isnin.

Pendatang baharu yang popular dengan lagu Terakhir itu mengulas mengenai gambar dia dan Elfira, 23, di sebuah restoran sambil ditemani adik aktres itu iaitu, Nurul Ezlisa Loy.

Bercerita lanjut mengenai gambar yang mendapat hampir 3,000 like itu, Sufian berkata foto berkenaan dirakam pada Ahad lalu di Cheras dalam satu pertemuan yang tidak dirancang.

"Memang kami tak rancang pun nak berjumpa, tapi secara kebetulan saya dan dia berada di lokasi berdekatan.

"Kalau sudah rancang awal mestilah kami keluar berdua, takkan nak bertiga," katanya berseloroh.

Akui Sufian lagi, pertemuan pada Ahad lalu adalah yang kedua antara mereka namun kerap berhubungan melalui aplikasi WhatsApp.

"Elfira mempunyai personali yang menarik, saya seronok berkawan dengannya. Tapi jangan salah faham, kami tak berdating atau menjalinkan hubungan istimewa.

"Sebagai kawan saya dan dia selalu juga menghubungi antara satu sama lain di WhatsApp jika ada perkara-perkara tertentu," katanya sambil mengakui pernah menemui ibu Elfira secara tidak formal ketika sama-sama menghadiri majlis hiburan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: