PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak Shahrol (Shiro) iaitu Nur Farhanah Syamimi, selamat melahirkan cahaya mata lelaki kira-kira pukul 9.36 malam Rabu lalu.
Bayi seberat 2.01 kilogram dilahirkan secara normal di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor.
Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 32, berkata, bayi sulungnya itu dilahirkan sebulan awal daripada tarikh yang dijangka.
"Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan isteri saya selamat bersalin pada malam Rabu lalu secara normal.
"Isteri saya bersalin 35 minggu iaitu sebulan lebih awal, namun dia dan bayi selamat dan dalam keadaan sihat.
"Mereka sudah pun dibenarkan pulang ke rumah semalam (Khamis)," ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu, Shahrol berkata, dia turut berkesempatan melihat dan menyambut sendiri bayi tersebut ketika dilahirkan.
Katanya, perasaan gementar dan cemas ketika bersama isteri di dalam bilik bersalin sukar untuk digambarkan.
"Pada mulanya doktor tidak benarkan saya masuk kerana isteri saya tidak cukup bulan dan takut jika berlaku komplikasi tapi saya berdegil.
"Saya berjanji pada mereka akan duduk diam-diam sahaja di sebelah isteri, Alhamdulillah, masa bayi nak keluar mereka panggil saya suruh lihat sendiri," ujarnya.
Dalam pada itu, Shahrol berkata, dia masih memilih nama yang sesuai untuk bayi lelaki tersebut.
Tambahnya, dia merancang untuk membesarkan bayi tersebut di kampung halamannya Kluang Johor.
"Anak dan isteri saya akan menetap di Kluang kerana saya lebih senang jika dia dibesarkan di kampung berbanding di Kuala Lumpur.
"Saya boleh berulang-alik ke kampung jika tiada sebarang pekerjaan di Kuala Lumpur," ujarnya.
Shahrol berkahwin dengan pengurusnya Nor Farhanah Syamimi, 27, pada 18 Mac 2016 di Kluang Johor.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: