BACHOK – Seorang anak jati Kampung Tok Burung, di sini sering bermimpi berkaitan ular sepanjang terlantar sakit, dipercayai akibat disantau.
Mohd Zainan Mohamad, 39, berkata, bagaimanapun selepas tiga tahun, dengan izin ALLAH SWT, dia sembuh.
Katanya, sejak itu, dia mula berjinak-jinak dengan ular.
"Kali pertama saya tangkap ular pada 2010, ketika masih bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan tanah air. Ketika itu saya sedang pandu kereta dan ada seekor ular melintas. Saya berhentikan kereta dan beranikan diri tangkap ular itu.
"Dari situ saya semakin berminat untuk mengenali pelbagai jenis ular dan cuba untuk tangkap serta bermain dengan reptilia itu," katanya kepada Sinar Harian.
Dia yang juga dikenali sebagai Kapten berkata, minat mendalam terhadap ular membuatnya nekad untuk menubuhkan Cobra Hunter pada 2010.
Mohd Zainan berkata, Cobra Hunter berpusat di Kuala Lumpur dan Bachok terdiri daripada tujuh orang kru termasuk wanita.
Katanya, bermula dengan pertunjukan kecil, Cobra Hunter juga mengendalikan pameran penerangan mengenai bisa dan rawatan diperlukan akibat serangan haiwan berbisa itu.
"Kami menerima banyak undangan untuk pelbagai acara sama ada untuk persembahan dalam majlis, di sekolah di seluruh Malaysia, termasuk di Thailand dan Brunei.
"Di Bachok, jika tak ada program, kami akan bantu masyarakat setempat untuk tangkap reptilia ini di samping mendidik mereka apa yang perlu dilakukan jika berdepan haiwan berkenaan.
"Kami ada pelbagai haiwan eksotik termasuk ular sawa albino, tedung selar, burung hantu, iguana dan sebagainya yang kami bawa untuk menghiburkan orang ramai pada majlis tertentu," katanya.
Mohd Zainan berkata, setiap kru Cobra Hunter diberikan latihan intensif untuk membolehkan mereka menguasai pelbagai haiwan yang berada dalam belaan mereka.
Katanya, untuk menjadi kru Cobra Hunter, mereka perlu memiliki minat, ada latar belakang berkaitan haiwan dan sayangkan haiwan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: