Monday, February 13, 2017

Suzy Bimbang Hilang Kekayaan dan Peminat




PENYANYI Suzy secara terbuka mengakui bimbang akan kehilangan segala diusahakan sepanjang bergelar artis yang berjaya di Korea Selatan.
Allkpop melaporkan Suzy berkata demikian selepas ditanya oleh rakannya sama ada dia menyesal bergelar selebriti dalam satu babak menerusi program Off the Record Suzy baru-baru ini.
"Saya tidak pernah menyesal bergelar seorang selebriti tetapi ada beberapa perkara yang membuatkan saya sedih.
"Bermula sebagai artis pada usia yang sangat muda dan berjaya mendapat wang yang tidak pernah saya impikan selain kasih sayang dari peminat.
"Saya bimbang akan kehilangan semua itu," katanya.
Dalam pada itu, Suzy berkata, kebimbangan itu membuatkan dia sentiasa bekerja keras sehingga adakalanya terlupa tentang dirinya.
"Ada banyak perkara yang saya bimbangkan dan takut akan berlaku jadi saya perlu bekerja keras," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: