PENAMPILAN penyanyi yang popular dengan lagu Awan Yang Terpilu, Ning Baizura di pentas Duo Star, Astro Ria boleh dikatakan mengubat rindu peminat terhadap penyanyi hebat ini.
Gandingannya bersama artis baru, Harris Baba diakui ada keserasian selain peminat dapat melihat sisi baru penyanyi ini mengalunkan lagu-lagu penyanyi lain.
Mengakui teruja dengan persembahan mingguannya, bintang yang kali terakhir muncul dengan single Bukan Wanita Sempurna lebih tiga tahun lalu itu bakal kembali dengan tiga lagu baru tidak lama lagi.
"Memang betul-betul tidak sabar untuk kembali dengan single baru, apatah lagi bila dapat respons yang baik daripada peminat.
“Ya, rasa teruja dan rindu untuk kembali memeriahkan industri seni. Bila sudah muncul dalam program Duo Star, saya dapat rasakan suatu platform berbeza bila saya sendiri pun sudah mula mengumpul peminat baru yang juga peminat Haris Baba.
“Satu perkembangan yang bagus untuk kami berdua bila dapat peluang ke depan. Cuma apa yang boleh saya katakan, lagu-lagu tersebut akan saya gubah bersama rakan dan genrenya ialah balada,” kata Ning.
Ning mengakui lebih mudah melakukan tugas dan minatnya kerana mempunyai studio sendiri namun dia perlu memikirkan soal promosi apabila lagunya siap.
Harap dapat dilancarkan pada waktu yang tepat,” ujar Ning yang memasang impian menulis lagu bagi runut bunyi untuk drama tempatan.
Ligat berniaga
Dalam perkembangan lain, Ning yang pernah hadir dengan album berjudul Dewa turut berkongsi visinya yang mahu kekal berniaga tahun ini.
“Sebelum ini saya sudah pun mereka barangan kemas. Jadi insya-ALLAH pada Mei nanti, saya bersama rakan akan mengeluarkan satu jenama, Stunning Series iaitu loket unik khusus buat peminat.
“Saya ada muat turun teaser di Instagram dan Alhamdulillah, respons yang diterima so far so good. Cuma saya perlu cari waktu sesuai untuk pasarkannya. Selain itu, saya juga akan mengeluarkan haruman unisex mampu milik.
"Harapnya peminat dapat berikan sokongan dan semoga perancangan ini akan dapat direalisasikan seperti yang diharap-harapkan. Tapi yang lebih penting, kena keluarkan lagu baru terlebih dahulu,” ujar Ning optimis.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: