WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya memecah kesunyian berhubung tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai pendatang dan larangan beliau ke atas rakyat dari beberapa buah negara ke AS.
Menerusi satu kenyataan Zuckerberg, mengingatkan Trump bahawa Amerika Syarikat terbentuk dari sejarah imigrasi pendatang luar terutama dari Eropah sejak tahun 1600.
"Amerika Syarikat adalah 'terhasil' daripada imigran, dan kita harus berbangga dengan itu," tulis beliau petik laporan Qz.com.
Dalam kenyataan itu, Zuckerberg turut menyatakan bahawa nenek moyangnya sendiri berasal dari Jerman, Austria dan Poland, manakala isterinya turut berasal dari China dan Vietnam.
"Seperti ramai daripada anda (rujuk rakyat AS). Saya bimbang mengenai kesan perintah eksekutif baru-baru ini yang ditandatangani oleh Presiden Trump," katanya.
Trump minggu lalu menandatangani tiga tindakan perintah eksekutif ke atas imigresen, bagi menunaikan janjinya pada kempen Presiden AS tahun lalu untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin, membina tembok di antara Amerika Syarikat dan Mexico, dan menjalankan "tapisan melampau" pencari visa dari negara-negara Islam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: