PORT DICKSON - Sekumpulan penjenayah tetap meneruskan niat jahat mereka mencuri lembu walaupun haiwan tersebut telah mati dipercayai akibat suntikan ubat pelali berlebihan.
Penternak lembu, Siti Aminah Abdullah, 53, berkata, kejadian berlaku di Tanah Merah Site A kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Menurutnya, sebelum itu pada jam 2.45 petang, dia dimaklumkan pekerjanya terdapat sekumpulan lelaki tidak dikenali menghalau lembu miliknya ke kawasan ladang lain.
"Sebaik menerima maklumat itu, saya segera ke ladang tersebut. Saya masuk senyap-senyap dan sembunyi di celah pokok sawit untuk lihat apa tujuan mereka heret lembu saya ke kawasan lain. Saya memang dah agak mereka mahu curi lembu sebab ini bukan kali pertama.
“Ada enam orang semuanya dan empat daripadanya saya kenal. Lima orang tarik lembu dan sorang halau lembu dari belakang. Masa itu lembu dah disuntik ubat pelali, jadi lembu itu ikut sahaja ke mana orang tarik," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.
Aminah berkata, dia kemudian melihat lembunya itu diikat di batang pokok kelapa sawit dan sebuah lori masuk ke kawasan ladang.
Katanya, tidak lama selepas itu, kumpulan terbabit dilihat lari lintang pukang masuk ke kawasan ladang meninggalkan lembu berkenaan.
“Mungkin masa itu mereka dah perasan ada orang intip, mereka lari sampai tercabut selipar.
“Tapi saya sempat jumpa dengan salah seorang lelaki yang saya kenal dan dia ugut untuk bunuh lembu-lembu dan juga menyumpit saya dengan ubat pelali,” katanya.
Siti Aminah berkata, dia terpaksa meninggalkan lembunya untuk keluar dari ladang membuat laporan polis.
“Selesai buat laporan saya datang balik ke lokasi kejadian tapi tengok lembu dah mati. Kawasan ladang tak ada liputan telefon jadi saya keluar ke kawasan kampung untuk maklumkan semula kepada polis.
“Kemudian dalam jam 9 malam, saya dan polis sampai di lokasi tengok lembu dah hilang.
“Sepatutnya hari ini (semalam) post moterm akan dibuat oleh veterinar (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) untuk tahu punca kematian lembu saya sama ada akibat ubat pelali atau sebaliknya,” katanya.
Siti Aminah berkata, walaupun kes curi lembu bukan perkara baharu, dia sangat kesal dengan kejadian yang berlaku.
“Lembu tu dah mati, bayangkan kalau dagingnya dijual pembeli khususnya orang Islam, sesiapa pun tak tahu itu sebenarnya daging bangkai.
“Ini saya sendiri nampak, yang kejadian curi sebelum ini, mungkin mereka (suspek) guna kaedah sama, sumpit lembu dengan ubat pelali berlebihan hingga lembu mati untuk mudahkan mereka sumbat lembu dalam lori,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: