“MILIK raja mana kita tak tahu. Yang pasti menurut cerita orang dulu-dulu, kubur lama ini ialah kubur raja yang memerintah pada masa berkenaan,” cerita Pengerusi JKKK Kampung Sepri, Datuk Zulkernain Datuk Mohammad Sharif kepada Sinar Harian.
Kubur lama tujuh tingkat berukir nama antaranya Tuanku Raja Ibni Nur Muhamad itu terletak di Kampung Ulu Penajis Sepri dan untuk sampai ke lokasi kubur perlu melalui kawasan kebun getah penduduk sejauh kira-kira 200 meter.
Menurut Zulkernain, kewujudan kubur berkenaan sudah terlalu lama dan ada yang menyatakan ia wujud sejak sebelum kedatangan Raja Melewar dari Pagar Ruyung ke Negeri Sembilan lebih 200 ratus tahun dahulu.
Katanya, kawasan dua kubur lama itu sentiasa kelihatan terjaga namun pihaknya tidak menggalakkan mana-mana individu untuk sengaja datang ke lokasi berkenaan.
“Ini kerana pernah terdapat kes kerasukan dan juga pengsan membabitkan orang luar. Sekitar 2005 saya ada bawa sekumpulan pelatih sebuah institusi ke lokasi berkenaan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan kubur. Entah macam mana salah seorang daripada pelatih dirasuk berhampiran lokasi kubur lama itu.
“Jadi, saya memang tak galakkan untuk mana-mana orang luar datang ke kawasan kubur lama ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang berniat tidak baik kerana bimbang ditimpa masalah seperti ini," katanya.
Sejarah belum didokumentasikan
Zulkernain berkata, sejarah kubur berkenaan juga masih belum didokumentasikan dan pihaknya tidak menolak sekiranya Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) atau mana-mana persatuan sejarah dapat mengkaji sejarah kubur lama itu.
Menurutnya, selain kewujudan kubur lama berkenaan, sejarah lain yang boleh dikaji ialah lokasi yang dikatakan sebagai tapak istana lama dan juga laluan penduduk serta raja dari Kampung Sepri, Rembau ke Kampung Gunung Pasir.
Bagi penduduk Kampung Tontong Sepri, Halimah Mad Sah, 79, rumahnya adalah rumah terakhir untuk ke kawasan kebun getah milik penduduk lain yang menempatkan binaan kubur lama itu.
Dia yang berasal daripada Suku Batu Hampar berkata, kawasan rumahnya itu dipercayai merupakan kawasan istana lama yang juga tanah warisan daripada generasinya terdahulu.
“Dulu masa saya kecil, ada perigi. Orang lama-lama kata itu perigi diraja. Banyak orang nak kahwin mandi di perigi ini. Tapi sekarang dah tak ada. Banyak jugalah sejarah kubur dan kawasan istana ini tapi orang yang menyimpan sejarah ini dah ramai meninggal dunia.
“Saya masih ingat lagi masa kecil dulu saya pernah tengok buku lama sejarah yang disimpan datuk saudara saya. Tapi sekarang tak tahu buku tu ada pada siapa,” katanya.
Menurutnya, perkampungan berkenaan sangat unik kerana penduduk boleh sampai ke Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti, Kuala Pilah sekiranya merentasi bukit.
“Perjalanan berjalan kaki ambil masa kira-kira satu jam saja. Dulu kecil-kecil saya selalu ikut mak ke kampung seberang. Dah biasa dah kat sini dulu macam tu, jalan kaki ke Seri Menanti Kuala Pilah.
“Malah, laluan merentasi bukit ini juga dikatakan laluan diraja dan orang biasa tidak boleh melaluinya suatu masa dahulu,” katanya.
Halimah berkata, dia amat berharap agar ada pihak yang dapat mendokumentasikan sejarah berkaitan kubur lama serta laluan diraja berkenaan, bagi memastikan sejarah dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: