TEHERAN - IRAN. Menteri Pertahanan Iran semalam mengesahkan negara tersebut telah melancarkan ujian peluru berpandu baharu untuk pertama kali ketika pentadbiran Amerika Syarikat (AS) diambil alih oleh Presiden Donald Trump.
"Ujian terbaru itu selaras dengan rancangan kami dan tidak akan membenarkan pihak luar masuk campur dalam hal ehwal pertahanan Teheran. Ujian tersebut tidak mencabuli perjanjian nuklear atau Resolusi 2231," menurut laporan agensi berita Tasnim memetik kenyataan Hossein Dehghan.
Isnin lalu, pegawai Amerika Syarikat mendakwa Iran menjalankan ujian peluru berpandu balistik jarak sederhana dan ia meletup pada jarak 1,010 kilometer.
Menteri Luar, Mohammad Javad Zarif bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan laporan tersebut dan hanya menegaskan Teheran tidak sesekali menggunakan misil balistik untuk menyerang negara lain.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: